Isnin, 16 November 2009

Penat betul!

yeah.bedasarkan tajuk diatas, memang aku penat betul hari ni. padahal kerja tak seberat mana pun. entah apa hal aku pun tatau lah. penat sebab tak cukup tido agaknya. hari ni aku langsung tak tercapai target aku.sepatutnya ku siap susun semua bata bata hari ni.tapi aku hanya sekadar dapat pindahkan bata dari depan rumah ke kawasan kebun. simple ja kerja hari ni. tapi dia punya penat Tuhan saja yang tahu. tapi takpa, demi nak sedapkan hati aku ni, aku patut bangga juga sebabnya walaupun sedikit je yang aku buat hari ni, setidak tidaknya kerja jalan. progress tu ada. ;) dibawah adalah gambar hasil kerja aku hari ni. aku harapkan esok lebih baik dari hari ini. target mesti kena capai.

Khamis, 12 November 2009

Today's work.

Alhamdulillah, hari ni tecapai jugak target aku. aku spent masa lebih 8 jam kat kebun ni.mengubah suai balik paiping, adjust balik pump semua tu(ritu bukak balik sbb rumah kena pecah),and aku dah pun siap buat rumah utk pump. tapi serius lah ckp aku tak pandai sgt buat kerja ikat2 bata ni.buat tangkap muat ja tu. maybe kemudian hari akan adjust balik sbb nak seal bagi perfect.alang2 nak buat kan.dan esok pulak insyaAllah kalo tak hujan kat Taiping ni, aku mungkin go on lagi dengan clean up balik kawsan kebun aku yang dah satu sems aku tggl(ritu bajet tak cukup).and if sempat,aku akan susun bata siap2 lah untuk kira bape byk pokok boleh letak. Dibawah adalah sedikit sebanyak gambar sepanjang kerja hari ini. akan diupdate lagi kelak ok.

Selasa, 3 November 2009

sambung.

Salam untuk makluman pembaca, sekarang ni aku sedang mengaturkan masa untuk menyambung semula projek Fertigasi aku yang dah dekan 6 bulan tetangguh disebabkan kena balik KL(student lagi). since aku ada cuti sems yang bakal menjelma tak lama lagi,start dari sekarang aku dah atur plan dah.memandangkan projek aku pun dah tak jauh sangat dah nak siap, so aku berkeyakinan bahawa projek ini boleh siap. mohon Doa dari semua pembaca. selain itu, jika ada pembaca yang ada idea atau pun boleh memberi sedikit tips dan nasihat, diminta tolong email saya di khalilmustapa@gmail.com. saya juga masih belajar lagi dalam bidang pertanian ini. sebelum menamatkan blog ringkas ni, please do wish me luck ye sbb sedang Final Exam sekarang ini. Diploma in Computer Engineering ni mesti diselesaikan juga walaupun ada aktiviti lain. ;)