Ahad, 27 Jun 2010

kepuasan tak terhingga.

alhamdulillah. setelah berhempas pulas, akhirnya aku dapat merasai nikmat titik peluh aku sendiri. terasa sangat puas hati. gambar dibawah ini diambil selepas kerja pungutan. lebih kurang 10 pokok setakat ini yang mula merah cilinya. utk 10 pokok boleh dapat dalam lingkungan 1kg. jumlah yang kecil tapi cukup utk puaskan hati aku. insyaAllah masa akan datang, aku harapkan lebih banyak rezeki dilimpahkan.

Isnin, 21 Jun 2010

Dugaan lagi.

gambar yang aku sertakan adalah hasil titik peluh aku selama ni. aku tak dapat nyatakan berapa berat dia sbb aku tak ada penimbang tapi aku rasa ini adalah hasil yg boleh dibanggakan juga la kan.

reason kenapa aku cabut cili tu sebabnya dia dah belubang dah.aku pn tak tahu lah disebabkan apa. takkan ulat makan sampai belubang macam tu? aku pun tak pasti. andai ada pembaca yang tahu penyebab cili aku jd mcm ni, minta tlg berkongsi ilmu ye.

Rabu, 16 Jun 2010

Alhamdulillah..


akhirnya, penantian aku untuk melihat cili aku kemerahan telah tercapai.cili semakin mula kemerahan sejak pagi tadi. dibawah gambar yang diambil petang tadi. insyaAllah akan ada gambar susulan selepas 24jam pula. ;)

Dibawah ni plak gambar yg baru aku amik kejap td. 24 selepas gambar diatas. :D Alhamdulillah..

Rabu, 2 Jun 2010

hujan yang terlalu lebat memberi impak kepada pokok cili aku. lebih 40 pokok yang belom dipasang pemegangnya rebah menyembah bumi. dibawah aku sertakan beberapa gambar.