Khamis, 19 Oktober 2017

Sabtu, 4 Mac 2017

pancang pokok timun.

nak pasang pancang ni, aku guna cara hand piling.. pakai kayu 2inci x 2inci x 8 kaki.. jarak antara kayu ialah 8 kaki.. seeloknya pancang yang hujung pakai kayu 3inci x2inci.. dia tebal dan kuat skit.. dawai yg nak diikat nnt mmg begantung pada kekuatan kayu hujung ni.. kayu yg tengah ni setakat nak support bg dawai tu tak jatuh ja..


ini hand piling yg aku tempah kat kedai besi.. cuma slack skit pasai ak mintak kat dia pakai besi 4inci, dia bg yg 3inci ja.. dan besi dia pn tak tebal mana pn.. besi nipis ni dia mudah tekoyak bila hentak kuat2.. 




video instagram ni plak cara aku guna benda hand piling ni.. sakit tangan skit la.. tp sebenarnya lagi mudah kalau hand piling ni berat.. dia punya momentum kuat skit, jd less effort skit lah..

Rabu, 22 Februari 2017

Serai

serai ni start buat bulan 8 dlu.. mula dengan racun dan bakar kawasan nak tanam.. lepas tu rotor tanah tu biar lembut.. tabur sikit2 baja 15:15:15..
 gambar atas ni time keje Rotor tanah.. guna mesin kecik je.. tanah bila dah rotor, jd lembut.. bila nak tanam mmg senang gila. hanya perlu cucuk je benih serai ni.. sehari boleh siap 1 ribu perdu..





gambar atas ni pulak sebelum n selepas dibotakkan.. tanam dalam 300 perdu ja..gambar serai dalam bakul tu 30kg.

serai ni mudah.. tanam dan jaga mmg mudah.. cuma nak cuci dia ja pening skit.. best rekod aku cuci sorg2 boleh dpt 30kg je sekerat hari.. ptg2 sibuk kutip timun pulak..

timun ni hari2 boleh kutip dalam 50kg - 100kg sehari.. dlm lingkungan ni.. tanam dlm 400pkk.. so far harvest dah 1tan lebih dah.. Alhamdulillah..

Seronok buat kebun ni bila ada kais pagi dgn kais petang ni.. mmg btol bermanfaat seharian..
anyway, selamat berkebun. :)

Khamis, 12 Januari 2017

january 2017

awal tahun ni aku bermula sedikit bermasalah.. pam air leaking.. mechanical seal dia bocor.. air keluar byk dan tak boleh sedut.. 

sudah lah bermasalah, nak tunggu repair pn seminggu jugak sebab stok sparepart tu takde.. sedangkan benih timun dah seminggu semai.. kira dlm tempoh yg patut di transplant.. tambah plak lg seminggu, jd benih ni dah over grown.. 

bila benih overgrown ni, dia jadi panjang tp daun kecik2.. dan kesan dari overgrown pnya benih ni sgt menyedihkan.. tgk2 lah gambar dibawah ye..

leaking dekat shaft 


ini pokok yg sihat. baja je kurang skit sbb tak nak stress kan pkk



bila benih overgrown, panjang dan besandar dekat polybag. dia akan jd mcm ni. mungkin sebab polybag tu panas bila tengah hari.
kemudia akan mula jd mcm ni.
last skali.. mati kering.. 

walau macam mana pun.. kita yg menanam ni kena terus tanam. cekalkan hati dan besabar. insyaAllah ada yg lebih baik nnt. Allah tahu yg terbaik. utk damage control ni, aku maintain yg mana survive je.. nak sulam lain pn mcm tak syok.. nnt besar tak sekata. kira musim awal tahun ni kurang memuaskan.. tp tetap cool.. 

wish me luck!

Sabtu, 31 Disember 2016

dec 2016

lama sangat tak update.. skrg ni ak dah tak tanam cili or cili api.. bukan serik. cuma try angin lain plak.. cili dan cili api ni mmg boleh duit.. cuma perit dia tu tak daya ak nak tangung.. skrg ni main dgn timun plak.. mudah.. dan mudah duit.. so far lah..

aim dia 2017 ni aku akan penuhkan 2 ekar ni dgn timun.. slow2 upgrade dri tmpt cili ke tmpt timun.. modai besar skit sbb kayu pancang smua kayu 2x2inci punya.. ada yg pakai besi.. tu yg kena slow2 upgrade.. aim ak setengah tahun 2017 ni mesti dpt separuh dari 2 ekar tu.. insyaAllah.. amin..




gambar keseluruhan kebun nnt aku update di entry selepas ni.. insyaAllah. :)

Jumaat, 6 Mei 2016

update may 2016

hari tu ada beli drip tape utk irrigation kan.. ni ha proses pasang dan running.. mmg superb.. masuk benih bendi.. semoga bejaya hendaknya..




yg bagusnya drip irrigation ni.. ak tak perlu pakai pam air yg besar.. cukup hanya 1 hp je.. dan boleh run 4 baris sekali on.. meaning kena ada ball valve dan manual kawal air ni.. kalau on semua pn boleh.. tp slow lah.. dan tak perlu risau sbb air mmg confirm sampai ke hujung skali.. ak tarik ni 40meter dari main paip..semuanya basah sama ja.. air pn jimat.. xsabar nak tgk hasil..
akan di update coming soon..

Ahad, 10 April 2016

update april 2016

lama sangat tak update.. sampai dah habis musim da pun.. entry before ni pasal benih n baja.. ni gambar pkk da besar n membuah hasil.. sekarang ni yg masih betahan cuma cili api n terung je.. bendi da cabut nk start musim baru.. timun pn da masuk pkk baru dah.



and ini hasil tangkapan siang tadi kat cameron highland.. driptape.. RM700.. tesembor dengar harga dia.. panjang dia 2.3KM.. semoga semakin luas kebun lepas ni..


Jumaat, 11 Disember 2015

musim 2016

Alhamdulilah.. diberi peluang lagi utk terus betani.. jatuh bangkit dalam petanian ni asam garam kehidupan.. yang penting terus bangkit.

jadi ini persiapan untuk musim cili api bara dan terung panjang.. semoga dipermudahkan Allah dan diberkati segala usaha.


10 set baja AB dari Banting Selangor.

Usia seminggu.. cili api bara & terung panjang.

Selasa, 20 Januari 2015

cuba cuba

sejak abih musim bendi hari tu.. n skrg ni baru je masuk cili api.. so aku terputus income sementara nak tggu cili api ni boleh kutip.. jadi aku cuba benda baru.. since ak boleh semai, jadi ak try jual anak benih pokok.. dan aku pun ada bela arnab.. so jual jugak la anaknya.. cuba masuk mudah.my dlu.. tgk camne pegi dia.. hehe.. wish me luck!

Isnin, 11 Ogos 2014

first batch.

ingat tak projek June lepas? haa.. ni hasil dia.. sebenarnya ada 18.. yg jual hnya 11.. sebab nak simpan betina utk pembiakan.. so lepas ni kita tgk second and third batch pulak..

simple playground for the rabbits.. 

*jgn marahkan sempit tu, ini je yg ada.. 

Jumaat, 27 Jun 2014

bunggalow kos rendah..

ini projek naik taraf sebenarnya.. sebelum ni setinggan je.. tp kali ni bagi menghargai jasa mereka yg dah berani menyalak dan marah orang.. aku hadiahkan bungalow yang selesa skit la.. maklum la.. kos rendah pnya projek.. hihi..


semoga tak tempias sangatlah.. nk buat dinding tapi kenangkan diorang ni buas sangat.. so biar je la dlu mcm ni.. :D

Selasa, 17 Jun 2014

Update June 2014 lagi.

and ini plak projek rabbits aku.. nk buat apartment baru utk diorang since rumah panjang yang lama agak usang dan susah nak maintain..

kisahnya apartment 3 tingkat 18 pintu.. dari mula drawing sampai siap la semuanya..
utk apartment kali ni, aku guna sistem air bersepadu guna nipple dripper.. sistem ni memudahkan sebab tank ni boleh isi air banyak n tahan lama.. dan paling penting, senang nk bagi multivitamin ke, ubat cirit birit ke.. semua rabbits dapat.. semoga berjaya InsyaAllah








#OFFTOPIC ini hasil betik aku.. harga sekilo RM1.50.. boleh la buat beli makanan arnab sekali jual.. :D

update June 2014

salam.. ingat lagi kisah kebun lama dipindahkan tu? haa.. ni dia hasilnya.. tanam ni utk syok2 mkn n bg makan arnab je.. since tak berapa laku nak jual pun hasilnya.. :)

test baja organik, hasil mcm kebun bunga.. terbaik!


Dua ikat lebih kurang 10kg

sebakul yg rosak/tua



Sabtu, 15 Mac 2014

yang lama tinggal sejarah..

semua barang2 kebun lama dipindah ke kebun baru.. ada new project kat sini.. nantikan update..






Selasa, 14 Januari 2014

Underestimate.. Common issue from common people

seperti tajuk diatas.. aku pulang dengan terkilan dihati.. tp aku tercabar sebab dia "Cabar" aku secara tak langsung.. ye la kan, memang tak dinafikan pertanian ni mana ada "CLASS" atau STANDARD.. aku sedar akan status itu.. tapi apa yg mendorong aku utk teruskan pertanian ni ada banyak sebab..  LILLAHITAALA, KELUARGA, BANGSA, KEPUASAN dan PENDIRIAN..

aku bertani DEMI ALLAH.. aku usahakan tanah yg dulunya terbiar dan semak DEMI ALLAH.. rezeki tu milik Allah.. aku hanya usaha.. yang penting banyak perut dah yang makan hasil tani aku yang aku yakin dan pasti selamat untuk dimakan.. DEMI ALLAH!

demi keluarga aku bertani.. memandangkan disini susah nak dapat kerja yang sesuai dgn passion aku iaitu Programmer.. bukan tak boleh berdikari tapi kena ingat, orang tua ni tanggungjawab anak lelaki..

demi bangsa melayu aku bertani.. ditempat aku ni, boleh kira berapa orang je melayu yang meniaga sayur ni. sedangkan yang membeli majoriti orang melayu.. aku usaha dari mula dan aku akan habiskan sampailah ada banyak melayu yang boleh meniaga sayur.. SUSAH tak bermakna tak boleh..

kepuasan hidup bagi aku bila bertani ni.. bermula dari sebutir benih, akhirnya memberi hasil.. sama macam aku, bermula dari kebun kecil sampailah kebun besar yg aku terpaksa behempas pulas nak jayakan.. yang paling penting, aku rasa HIDUP bila aku bertani ni.. aku enjoy dengan kerja ni hari hari.. aku puas bila aku pergi pagi dengan pakaian bersih dan balik petang dgn pakaian kotor.. dan aku puas sebab masa aku sangat flexible.. bila2 aku nak cuti, bila2 aku nak OT, bila2 aku nak outstation, aku tak perlukan kebenaran..

selama beberapa tahun aku bertani, pendirian sangat penting.. pendirian aku ialah "takde benda yang mustahil dan putus asa bukan pilihan!".. aku tak nafikan pernah beberapa kali dulu aku rasa nak putus asa.. ye la kan, kita tak sentiasa diatas dan aku tak terlepas dari dugaan.. aku sangat bertuah dikurniakan Ibu yang positif disamping kawan2 yang positif.. merekalah tempat aku mengadu bila aku betul2 sangat down yg tak terhadap dah.. dan Alhamdulillah, hasilnya aku masih lagi meneruskan perjuangan pertanian ini..

so please dear haters, PLEASE GIVE UP ON TRYING TO MAKE ME GIVING UP! anda mungkin boleh membunuh perasaan aku.. tapi bukan semangat aku..

STAY POSITIVE!!

Khamis, 9 Januari 2014

phase 3 project..

cey.. heading nak power je.. haha.. ni projek baru aku.. first time nk tanam atas tanah ni.. masih lagi belajar belajar.. semoga berjaya InsyaAllah.. mesin rotor ni kawan bg pinjam.. semoga murah rezeki dia..

Khamis, 19 Disember 2013

lama sangat tak update..

utk musim kali ni, hasil alhamdulillah memberangsangkan.. walaupun ada sedikit kekurangan.. but well, thats just part of this business.. hehe.. so nk hiburkan anda dgn beberapa gambar.. bye! 


two little guardian selepas yg lama tu mati..

hasil yg tak seberapa.. musim hujan ni.. 

and some preparation utk next phase.. utk beri ruang pada renovation akn datang.. hehe..

Sabtu, 16 November 2013

RIP Sofie

Sofie ni jaga pertama aku dekat kebun ni.. kawan india aku bagi since kat kebun ni selalu org mencuri..


sejak hari pertama dia duduk jaga kebun ni,, dia agak pemalu.. lucu jugak aku tgk telatah dia yg pemalu ni.. kadang2 nampak penakut pun ada.. bila ada org datang melawat kebun je,, dia yg first skali nyorok..

namun, dalam pemalu penakut dia, dia sebenarnya sgt loyal.. dan dengar ckp.. dia slalu menyalak bila aku dtg kebun.. and akan menyalak kalau aku tak bawak dia pegi jalan2 pusing kebun.. sampai aku nak buat keje pun dia nak ikut jgk.. perangai budak2 skit.. tp dia bagus.. dia tahu limit dia..


semalam tgk dia dah lemah. tak aktif mcm selalu.. aku heran jgk.. bila aku check gigi dia,, nampak ada gigi patah.. aku expect dia tahan sakit gigi la kot.. aku gelakkan dia je laa... tak sangka itu gelak terakhir aku dekat dia.. pagi tadi pegi kebun, dia dah keras dah kat situ.. Im gonna miss u Sofie.. takde lagi dah tarian inul kau tu..