Rabu, 21 Julai 2010

Today sale.

Alhamdulillah, terima kasih kepada ibu dan angah atas bantuan untuk tengokkan kebun aku sewaktu aku takde kat kampung. hari ni aku dimaklumkan besama dengan gambar. hasil kutipan kali ini mencecah 14.9KG. Alhamdulillah, tersenyum lebar aku mendengar khabar berita ni. dan gambar ni diambil oleh angah aku sewaktu kerja pengutipan dah selesai. Thank you family member. :D


daripada gambar ni, aku pun macam tak percaya dengan apa yang aku tengok. penuh bonet belakang kereta orang tua aku. :D

Jumaat, 16 Julai 2010

makin meningkat?


alhamdulillah.. semakin lama, semakin banyak hasil yang boleh dipungut. hari ni, aku jangkakan cili merah yang bejaya di pungut adalah lebih kurang 3KG.lebih banyak dari biasa. dan cili yang pra matang pula dalam purata 1KG. Alhamdulillah. memandangkan lepas ni nak balik KL dah, aku tak letakkan harapan tinggi utk pulangan yang baik lepas ni sebab tanpa pengawasan yang kerap, tak mungkin hasil dapat dikeluarkan dengan banyak.








dan ini plak gambar cabaran yang aku lalui utk musim nii. memandangkan sekarang ni pun memang musim hujan, so penyakit ni memang sangat mudah dilihat lah. boleh kata 10% daripada jumlah pokok aku dah pun kena serangan kulat ni. masih banyak yang perlu aku belajar. 

wish me luck yah.

Isnin, 12 Julai 2010

meningkat

Alhamdulillah. hari ni, minggu ni punya hasil jualan ada sedikit peningkatan. berbanding dengan hasil yang lepas, kali ni dua kali lebih banyak. walaupun pada hakikatnya ianya masih lagi sedikit untuk dibanggakan, tapi aku tetap rasa puas kerana hasil usaha aku selama ni semakin berbaloi. Alhamdulillah. aku terlupa nak ambil gambar waktu kumpul at the first time, tapi aku ada gambar yang di ambil time atas motor waktu menuju ke pasar bersama kawan aku. harapkan rezeki lebih mencurah curah untuk minggu akan datang.

*durian terbaik dari sebelah rumah Tok aku. :D

Sabtu, 3 Julai 2010

bila hujan turun

aku takde actual pic pasal pokok2 tumbang ,dahan patah apa semua. but ini hasil daripada 2 -3 pokok yang aku amik akibat patah dahan. too sad to share , tapi ini adalah satu cabaran utk aku dan pengajaran utk aku supaya lebih bersedia dimusim kedua nnt. ;)


aku anggarkan semua ni ada dalam 1kg.jumlah yang sama waktu aku kutip utk cili merah sebelum ni.