Selasa, 14 Januari 2014

Underestimate.. Common issue from common people

seperti tajuk diatas.. aku pulang dengan terkilan dihati.. tp aku tercabar sebab dia "Cabar" aku secara tak langsung.. ye la kan, memang tak dinafikan pertanian ni mana ada "CLASS" atau STANDARD.. aku sedar akan status itu.. tapi apa yg mendorong aku utk teruskan pertanian ni ada banyak sebab..  LILLAHITAALA, KELUARGA, BANGSA, KEPUASAN dan PENDIRIAN..

aku bertani DEMI ALLAH.. aku usahakan tanah yg dulunya terbiar dan semak DEMI ALLAH.. rezeki tu milik Allah.. aku hanya usaha.. yang penting banyak perut dah yang makan hasil tani aku yang aku yakin dan pasti selamat untuk dimakan.. DEMI ALLAH!

demi keluarga aku bertani.. memandangkan disini susah nak dapat kerja yang sesuai dgn passion aku iaitu Programmer.. bukan tak boleh berdikari tapi kena ingat, orang tua ni tanggungjawab anak lelaki..

demi bangsa melayu aku bertani.. ditempat aku ni, boleh kira berapa orang je melayu yang meniaga sayur ni. sedangkan yang membeli majoriti orang melayu.. aku usaha dari mula dan aku akan habiskan sampailah ada banyak melayu yang boleh meniaga sayur.. SUSAH tak bermakna tak boleh..

kepuasan hidup bagi aku bila bertani ni.. bermula dari sebutir benih, akhirnya memberi hasil.. sama macam aku, bermula dari kebun kecil sampailah kebun besar yg aku terpaksa behempas pulas nak jayakan.. yang paling penting, aku rasa HIDUP bila aku bertani ni.. aku enjoy dengan kerja ni hari hari.. aku puas bila aku pergi pagi dengan pakaian bersih dan balik petang dgn pakaian kotor.. dan aku puas sebab masa aku sangat flexible.. bila2 aku nak cuti, bila2 aku nak OT, bila2 aku nak outstation, aku tak perlukan kebenaran..

selama beberapa tahun aku bertani, pendirian sangat penting.. pendirian aku ialah "takde benda yang mustahil dan putus asa bukan pilihan!".. aku tak nafikan pernah beberapa kali dulu aku rasa nak putus asa.. ye la kan, kita tak sentiasa diatas dan aku tak terlepas dari dugaan.. aku sangat bertuah dikurniakan Ibu yang positif disamping kawan2 yang positif.. merekalah tempat aku mengadu bila aku betul2 sangat down yg tak terhadap dah.. dan Alhamdulillah, hasilnya aku masih lagi meneruskan perjuangan pertanian ini..

so please dear haters, PLEASE GIVE UP ON TRYING TO MAKE ME GIVING UP! anda mungkin boleh membunuh perasaan aku.. tapi bukan semangat aku..

STAY POSITIVE!!

Tiada ulasan: