Ahad, 20 Mac 2011

Alhamdulillah~

pertama sekali, aku dengan bebesar hati rasa sangat bersyukur atas limpah kurnia yang diberi Ilahi. segala titik peluh aku selama 3 bulan lebih aku memastikan segalanya berjalan lancar akhirnya membuahkan hasil. walaupun ada sedikit cacat cela nya..namun aku yakin aku masih mampu untuk terus capai impian aku.

alhamdulillah, untuk musim ini, walaupun baru 3 kali aku petik, pokok yang baru berusia 4 bulan lebih sejak semai telah pun memberikan hasil yang baik. untuk permulaan, cili yang aku mampu keluarkan hanyalah 1KG. biasa la kan, buah pertama. selang seminggu lepas tu, aku berjaya petik sehingga 3KG. itu adalah hasil yang baik dan mampu menaikkan semangat aku. dan selang 2 hari selepas itu, aku berjaya memetik hingga 5KG. Alhamdulillah.. aku sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan. dan hari ini, selang 2 hari selepas memetik yang lepas, aku berjaya mengeluarkan 8KG. sesuatu yang membanggakan dan penuh rasa syukur.

untuk post kali ini, apa yang aku cuba terangkan ialah, selama beberapa kali aku dah pergi jual cili ni, aku mendapati bahawa agak sukar untuk aku memasarkan cili aku. walaupun pada hal yang sebenarnya cili sangat terhad buat masa ini atas sebab hujan yang sangat kerap. hari ini saja, aku dah puas pusing satu Taiping untuk mencari pembeli yang berminat dengan cili aku. dengan berpegang kepada kata kata, "Rezeki ada dimana mana.", aku pun teruskan mencari. dan akhirnya ada juga pembeli yang mahukan cili, iaitu regular customer aku. =P namun, aku sangat berminat untuk cuba menjual cili aku ini kepada pasar besar seperti Econsave atau The Store. sekarang ni masih lagi dalam proses untuk research kerana aku yakin, dalam urusan dengan pasar besar seperti ini, aku perlukan bekalan yang banyak dan perlu ada kertas kerja untuk dapatkan kontrak. walau macam mana pun, aku akan terus kejar impian aku.

Salam.
;)